
JITRA- Pelik tapi benar! Demikian kedudukan sebuah kuil yang wujud di lebuh raya Jitra-Bukit Kayu Hitam yang sering menjadi pertanyaan kepada pengguna lebuh raya di situ.
Menurut Roslan Desa, 67 dari Kampung Bemban , kuil itu sudah pun wujud sejak 1970-an lagi dengan keluasan yang kecil seperti pondok sahaja.
Katanya, penduduk di sekitar kawasan itu hairan bagaimana kuil itu tiba-tiba boleh wujud .
“Bagaimanapun pada 1980-an kerja membina lebuh raya telah dilakukan dan ramai yang menyangka kuil itu akan dirobohkan.
“Bagaimanapun selepas kerja siap lebuh raya itu mula beroperasi kuil yang misteri status itu masih wujud sehinggalah ke hari ini?
“Persoalannya sekarang adakah kuil itu hak milik lebuh raya sehingga kawasan kuil mula diperluaskan atau disebaliknya?,” soalnya.
Jelas Roslan lagi, pada mulanya kuil itu hanya disinggahi oleh kaum India yang melalui di kawasan itu sahaja tetapi kini sudah boleh mengadakan beberapa majlis keagamaan .
“Di fahamkan kuil itu sudah dinaik tarafkan hingga boleh mengadakan majlis keagamaan dan perkahwinan.
“Ini sudah pasti boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya itu kerana menimbulkan gangguan pada majlis berkenaan,: katanya.
Bagi Shamsuddin Ahmad, 57, daru Kampung Gelong pula berkata, sepanjang lebuh raya Jitra-Bukit Kayu Hitam itu terdapat juga beberapa rumah ibadat termasuk masjid.
“Bagaimanapun rumah ibadat yang wujud di bahu lebuh raya itu dibina pengadang supaya tidak menganggu atau membahayakan pengguna lebuh raya.
“Peliknya di hadapan kuil itu langsung tidak dibina pengadang dan ini menjadi persoalan kepada penduduk kampung di situ,” ujarnya.
Menurut Shamsuddin, pernah masalah ini dipersoalkan oleh penduduk di situ hingga membawa naratif ke pihak Pejabat Daerah Kubang Pasu tetapi sepi tanpa berita.
“Saya mencadangkan supaya kuil itu diroboh dan dibina di kawasan yang lebih selamat .
“Saya yakin dengan cara ini tidak ada sebarang isu boleh timbul dari kaum India .
“Ini adalah bertujuan supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya pada masa akan datang walaupun sudah beberapa kali kemalangan berlaku di kawasan itu,” ujarnya.
Tinjauan The Malaysia Press di kuil itu mendapati terdapat beberapa orang sedang melakukan sembahyang dikuil itu.
Di fahamkan kuil itu turut mendapat bekalan elektrik dan air sekali gus membolehkan beberapa majlis kini boleh diadakan.
Bagaimanaoun apa yang pelik di seberang lebuh raya itu kira-kira 50 meter sudah terdapat kuil terbina.
Persoalannya sekarang adakah kuil yang dibina dari Jitra ke Bukit Kayu Hitam itu berstatus haram.
Sekiranya kuil itu dibenarkan pembinaannya mengapa dalam jarak yang dekat sahaja pihak yang bertanggung jawab meluluskannya apa tah lagi di dalam kawasan lebuh raya.
Persoalan ini yang menjadi tanda tanya kepada penduduk di sekitar kawasan itu.





