Sambutan Thaipusam, hidup harmoni dalam perbezaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang meraikannya.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar menekankan bahawa Thaipusam sarat dengan nilai pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual.

Beliau berkata, nilai kesabaran, disiplin serta ketekunan yang ditunjukkan sepanjang ibadat ini wajar dihormati dan dijadikan teladan bersama.

“Semoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil mengekalkan adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa ketertiban dan keharmonian yang dapat disaksikan dalam setiap upacara keagamaan dan sambutan budaya di negara ini menjadi cerminan bahawa hidup bersama dalam perbezaan adalah realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia.

Beliau berharap Thaipusam membawa ketenangan jiwa kepada seluruh penganut Hindu, serta terus menyuburkan rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Semalam, Anwar melakukan lawatan kerja ke Batu Caves bagi menilai tahap kesiapsiagaan menjelang sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu hari ini.

Tinjauan tersebut memberi fokus kepada kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, yang saban tahun menjadi pusat tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara untuk melaksanakan ibadat serta upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills