Sambutan Thaipusam, hidup harmoni dalam perbezaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan selamat menunaikan ibadat Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang meraikannya.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar menekankan bahawa Thaipusam sarat dengan nilai pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual.

Beliau berkata, nilai kesabaran, disiplin serta ketekunan yang ditunjukkan sepanjang ibadat ini wajar dihormati dan dijadikan teladan bersama.

“Semoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil mengekalkan adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa ketertiban dan keharmonian yang dapat disaksikan dalam setiap upacara keagamaan dan sambutan budaya di negara ini menjadi cerminan bahawa hidup bersama dalam perbezaan adalah realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia.

Beliau berharap Thaipusam membawa ketenangan jiwa kepada seluruh penganut Hindu, serta terus menyuburkan rasa saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Semalam, Anwar melakukan lawatan kerja ke Batu Caves bagi menilai tahap kesiapsiagaan menjelang sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu hari ini.

Tinjauan tersebut memberi fokus kepada kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, yang saban tahun menjadi pusat tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara untuk melaksanakan ibadat serta upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam.

Related Posts

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

AYER KEROH – Ahli serta akar umbi generasi muda PKR harus menghayati sejarah dan asas perjuangan parti seperti yang terkandung dalam Deklarasi Permatang Pauh 1998 bagi memahami secara terperinci agenda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

AYER KEROH – Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan bukti jelas komitmen kerajaan dalam agenda refomasi terhadap sistem pendidikan tinggi negara. Timbalan Menteri Pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah