Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat jimat belanja harian

PUTRAJAYA – Jualan Rahmah MADANI terus menjadi pilihan orang ramai sebagai inisiatif berkesan membantu mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya dalam kalangan golongan bujang dan pekerja bandar, hasil tinjauan The Malaysia Press (TMP) di Anjung KK, di sini.

Tinjauan mendapati pengunjung hadir bukan sahaja kerana harga barangan yang lebih murah, malah faktor lokasi strategik serta kualiti barangan yang ditawarkan turut menjadi tarikan utama.

Cik Fatini, 25, berkata beliau mula berkunjung ke Jualan Rahmah selepas melihat rakan-rakan sekerja hadir ke program berkenaan, selain lokasinya yang berhampiran dengan tempat kerja.

“Saya suka beli barang di Jualan Rahmah untuk kegunaan di pejabat. Kebetulan jualan ini selalunya diadakan dekat dengan pejabat saya, jadi memang memudahkan,” katanya yang hadir ke jualan itu yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Januari 2026.

Menurutnya, perbezaan harga yang ketara menjadi faktor utama beliau berbelanja di situ, terutama bagi barangan keperluan harian.

“Untuk orang bujang macam saya, mi segera memang penting ada di dapur. Di luar harganya boleh cecah RM5, tetapi di sini hanya RM3 sahaja,” katanya.

Beliau turut berkongsi tip kepada pengunjung supaya hadir selepas waktu makan tengah hari bagi mengelakkan kesesakan di kaunter pembayaran.

Sementara itu, Puan Rosnah berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk berkunjung ke Jualan Rahmah setiap kali dianjurkan kerana harga yang jauh lebih berpatutan berbanding pasar raya lain.

“Saya selalunya dapat maklumat daripada rakan-rakan di pejabat dan akan merancang untuk datang. Kalau nak bandingkan harga pasar raya luar dengan Jualan Rahmah, memang jelas di sini lebih murah,” katanya.

Pandangan sama dikongsi Puan Ambiga yang menyifatkan kualiti barangan di Jualan Rahmah berada pada tahap baik dan setanding dengan pasaran.

“Barang-barang di sini pun berkualiti, jadi tidak rugi berbelanja. Saya biasanya akan tambah stok dapur seperti bawang merah dan bawang putih,” katanya.

Bagi Cik Mastura, 25, Jualan Rahmah disifatkan sebagai ‘penyelamat’ terutamanya ketika berdepan kekangan kewangan sebelum hari gaji.

“Saya memang menunggu setiap kali Jualan Rahmah diadakan kerana harganya murah dan berbaloi. Walaupun belum gaji, saya masih boleh berbelanja di sini,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah mula berkunjung sejak 2025 dan berhasrat untuk terus hadir pada tahun ini sekiranya program sama diteruskan.

Tinjauan TMP mendapati Jualan Rahmah bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan harian rakyat, malah memberi akses kepada barangan asas berkualiti pada harga mampu milik, sekali gus mencerminkan keberkesanan inisiatif kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup.

  • Related Posts

    Harga minyak dunia diramal terus meningkat

    SINGAPURA – Harga minyak meningkat apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung perjanjian damai serta pembukaan semula Selat Hormuz menemui jalan buntu, manakala saham Asia bergerak tidak menentu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

    KUALA LUMPUR — Sebut Prada, Gucci, Versace atau Armani, satu perkara akan terlintas di fikiran kita: Itali. Nama-nama itu bukan lagi sekadar jenama pakaian. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

    RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

    Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

    Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

    Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

    Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

    RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

    RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

    Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

    Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

    Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

    Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit