Projek naik taraf Pasar Sin On sedia 68 parkir berbumbung

TAWAU – Projek naik taraf tempat letak kereta di Pasar Sin On yang sedang giat dilaksanakan bakal menyediakan sebanyak 68 petak parkir berbumbung bagi meningkatkan keselesaan pengunjung dan peniaga pasar berkenaan.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata, penambahbaikan kemudahan parkir adalah penting bagi memenuhi keperluan orang ramai.

“Pasar Sin On merupakan antara pasar utama di Tawau yang menerima jumlah pengunjung yang tinggi setiap hari.

“Selepas projek ini siap kelak, 68 petak parkir berbumbung akan disediakan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung Pasar Sin On terutamanya ketika cuaca hujan atau panas terik, ” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Philip menasihati agar orang ramai bersabar sepanjang pelaksanaan projek di kawasan itu susulan kekurangan tempat parkir buat sementara waktu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, atas peruntukan persekutuan yang disalurkan bagi merealisasikan projek naik taraf terbabit demi manfaat rakyat.

Beliau berharap projek naik taraf ini dapat disiapkan mengikut perancangan dan seterusnya memberikan kemudahan yang lebih selesa, selamat dan teratur kepada pengunjung serta peniaga Pasar Sin On, sekali gus meningkatkan pengalaman orang ramai ketika berurusan di pasar tersebut.

Related Posts

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

SANDAKAN – Operasi penguatkuasaan warga asing wajar dilaksanakan secara lebih bersasar dengan memberi tumpuan kepada kawasan ‘hitam’ yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sandakan. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

TAWAU – Seorang kelindan lori maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori rigid di Jalan Timur, pada Isnin. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

RCI Tabung Haji: Riuh di luar, lesap di Dewan

RCI Tabung Haji: Riuh di luar, lesap di Dewan

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Kelindan lori maut, motosikal rempuh lori rigid

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi