‎Cobbold, IGC, MA63 dicadang jadi buku wajib sekolah – Ewon ‎

KOTA KINABALU – Dokumen-dokumen utama pembentukan negara termasuk Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) wajar dijadikan naskhah buku wajib di semua perpustakaan sekolah di seluruh negara bagi memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap asas pembentukan Malaysia.

‎Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, selari dengan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat kembali kepada niat asal penubuhan Malaysia berteraskan perpaduan, saling menghormati serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

‎“Silibus mata pelajaran Sejarah dan Pengajian Am wajar dipinda dengan memberi penekanan lebih menyeluruh terhadap penubuhan Malaysia yang berasaskan MA63, termasuk syarat-syarat yang telah dipersetujui khusus untuk Sabah dan Sarawak.

‎“Ini termasuk menjadikan dokumen-dokumen seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai naskhah buku yang wajib ada di semua perpustakaan sekolah di seluruh negara supaya pelajar dapat memahami dokumen perlembagaan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

‎Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang menegaskan, pendedahan awal kepada dokumen-dokumen bersejarah itu diyakini dapat memupuk semangat perpaduan, rasa hormat serta kerjasama dalam kalangan rakyat apabila dewasa kelak, khususnya mereka yang bakal menyertai perkhidmatan awam dan pembuat dasar negara.

‎Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan terhadap langkah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan MA63 mengikut semangat asal, termasuk penyelesaian 13 perkara setakat ini.

‎“Masih terdapat dua perkara utama yang memerlukan tindakan segera, iaitu Perkara 112C berkaitan hak 40 peratus Sabah serta penetapan kerusi Dewan Rakyat tidak kurang daripada satu pertiga untuk Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub dalam semangat perjanjian asal,” ujarnya.

‎Menyentuh isu pendidikan, Ewon menyatakan sokongan penuh terhadap Titah Diraja yang menegaskan Bahasa Melayu sebagai asas sistem pendidikan negara, namun berpandangan silibus bahasa ibunda juga wajar diperluaskan berdasarkan permintaan ibu bapa dan keperluan setempat.

‎Sehubungan itu, Ewon meminta penjelasan mengenai status pengembangan silibus bahasa ibunda termasuk Kadazandusun, serta bahasa Kadazan Tangaa, Tatana, Murut Timogun, Dusun Lotud dan bahasa Orang Asli, selain tahap kesediaan serta pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Related Posts

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

KANOWIT – Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 diyakini berupaya memperkukuh sektor pertanian, sekali gus melonjakkan pengeluaran padi di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

SUNGAI PETANI – Seramai 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 bakal manfaatkan tanah terbiar

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi

Isu sahabat Rasulullah dan UEC: Antara prinsip, politik dan hipokrasi