Bantuan SKAS: ADUN Pending syor wujud mekanisme rayuan tangani isu keciciran

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong menyarankan agar kerajaan Sarawak mewujudkan satu mekanisme rayuan dan semakan semula yang lebih teratur bagi permohonan Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Saranan tersebut disuarakan susulan kes seorang penduduk tempatan, Kong Kim Ho yang sebelum ini tercicir daripada menerima bantuan SKAS 2026 berikutan masalah teknikal, sebelum ia akhirnya diluluskan selepas dibangkitkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada minggu lalu.

Menurut Violet, wanita berkenaan yang merupakan penerima SKAS pada tahun 2025 pada mulanya tidak disenaraikan pada tahun ini berikutan suaminya yang bukan berstatus rakyat Sarawak didaftarkan sebagai pemohon utama di bawah sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Bagaimanapun, wanita terbabit meluahkan rasa syukur apabila akaun Sarawak Pay miliknya telah dikreditkan dengan bantuan berjumlah RM740 semalam (Sabtu) selepas kes ini diketengahkan.

“Kes ini secara jelas menunjukkan mengapa kerajaan negeri perlu menyediakan satu saluran rasmi bagi membolehkan rakyat yang benar-benar layak tetapi ditolak permohonannya membuat rayuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, situasi tersebut membuktikan bahawa walaupun setiap inisiatif kerajaan bermatlamat untuk membantu rakyat, masih terdapat ruang penambahbaikan dalam sistem sedia ada bagi memastikan golongan sasar tidak terpinggir.

Tambahnya, masalah teknikal di luar kawalan pemohon tidak seharusnya menjadi penghalang kepada anak Sarawak tulen untuk menerima inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita faham tiada sistem yang sempurna. Kekangan pentadbiran, isu teknikal dan pengehadan saringan boleh menyebabkan rakyat yang layak tercicir secara tidak sengaja.

“Justeru, kita memohon kerajaan negeri agar segera mewujudkan satu saluran rayuan SKAS yang jelas, telus dan mudah diakses supaya kes-kes keciciran dapat dinilai semula secara adil dan pantas,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Violet turut memaklumkan pejabatnya sedia membantu orang ramai yang berdepan kesukaran berhubung permohonan SKAS atau merasakan permohonan mereka ditolak akibat masalah teknikal, agar kes-kes sahih dapat dipanjangkan kepada pihak berwajib.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff