
KOTA KINABALU: Lebih 40 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 4 Februari ini selama 13 jam iaitu bermula pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Gangguan bekalan air berjadual tersebut berlaku susulan pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog, Kota Kinabalu disebabkan kerja-kerja penggantian pada paip jenis UPVC di klorinator dan pembersihan pada Clarifier No 1.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAS pada Isnin, antara kawasan terlibat adalah Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Kepayan, Tanjung Aru, KKIA Terminal 1, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tanjung Lipat, Kolombong, Inanam, Luyang, Bukit Padang, Penampang dan banyak lagi.
Susulan itu, JAS menasihatkan penduduk yang terlibat untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline JAS di talian 088-711 593 atau 088-711 767.



