47 mangsa banjir air pasang besar Kg Huma ditempatkan di PPS

SUNGAI PETANI – Seramai 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial sejak semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Zakiyah Md Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

Katanya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial kemudian dibuka pada pukul 4 petang hari sama.

“Seramai 47 penduduk daripada 25 keluarga yang terjejas akibat fenomena tersebut kini berlindung di PPS berkenaan.

“Mangsa melibatkan 11 lelaki dewasa, 22 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan cuaca pada pagi ini baik dan tiada hujan dilaporkan.

Fenomena air pasang besar semalam turut menjejaskan beberapa lokasi di kawasan pesisiran pantai di Kuala Kedah termasuk di Port Padang Garam.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan