Pahang lancar sistem e-Rakyat

KUANTAN – Selari dengan hala tuju pentadbiran negeri yang menekankan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, kerajaan Pahang melancarkan Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang (e-Rakyat).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sistem itu lebih kepada platform pusat sehenti bagi mengurus maklumat serta penyelarasan bantuan rakyat secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.

Katanya, ia juga selari dengan hala tuju pentadbiran negeri yang menekankan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan tadbir urus.

“Sistem e-Rakyat membolehkan kerajaan negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi sekali gus mengelakkan pertindihan penerima serta pembaziran peruntukan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, matlamat utama pelaksanaan sistem itu untuk memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak, disalurkan tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat.

“Melalui e-Rakyat, perancangan bajet negeri dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, realistik dan mampan di samping memperkukuh kesejahteraan rakyat serta meningkatkan keupayaan tadbir urus kerajaan negeri secara keseluruhan.

“Pelaksanaan e-Rakyat akan dibuat secara berfasa.

“Fasa pertama membabitkan pendaftaran Ketua Isi Rumah dan ahli isi rumah serta semakan penerima bantuan sedia ada khususnya di bawah Inisiatif Makmur Pahang.

“Manakala fasa kedua pula akan membabitkan permohonan bantuan secara dalam talian yang dijadualkan bermula April depan dan seterusnya diperluaskan kepada bantuan kerajaan negeri serta bantuan kerajaan persekutuan,” katanya.

Menurutnya, rakyat Pahang boleh mendaftarkan diri ke dalam sistem ini menerusi portal erakyat.pahang.gov.my.

“Pelancaran sistem e-Rakyat ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri untuk bukan sekadar memberi bantuan tetapi memastikan setiap bantuan dilaksanakan secara adil, tersusun, telus dan benar-benar berkesan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM