Banjir Sarawak: 25 mangsa dipindahkan ke PPS di Sebuyau

SEBUYAU – Seramai 25 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air di Kampung Seruyuk pada Isnin.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS di Bangunan Masjid Lama Kampung Seruyuk itu telah diaktifkan sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Menurut laporan Unit Perhubungan Awam APM Sebuyau, pemantauan semasa mendapati paras air menunjukkan trend peningkatan, namun keadaan dilaporkan masih terkawal.

“Setakat jam 11 pagi Isnin, satu PPS telah dibuka melibatkan pemindahan lapan Ketua Isi Rumah (KIR).

“Anggota APM Sebuyau terus menjalankan pemantauan rapi di kawasan berisiko dan laluan utama ke kampung tersebut dilaporkan masih boleh dilalui oleh kenderaan,” jelas kenyataan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan amaran semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan terus dengan menghubungi talian APM Sebuyau di 013-9113937 atau talian kecemasan 999.

Foto: Facebook APM Sebuyau

  • Related Posts

    Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

    JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

    ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

    Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

    Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

    Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

    Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

    Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

    PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

    PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

    90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

    90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

    Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

    Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu