Rafah berpotensi dibuka, Mesir gesa Israel berundur

MENTERI Luar Mesir, Badr Abdelatty pada Ahad menggesa Israel berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza serta membuka semula pintu sempadan Rafah mengikut perjanjian gencatan senjata yang dimeterai tahun lalu.

Gesaan itu disuarakan ketika pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Christopher Landau di Kaherah, bagi membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, kedua-dua pihak turut meneliti usaha memperkukuh perkongsian strategik antara Mesir dan AS, selain memperluas kerjasama dalam bidang politik serta ekonomi, lapor Anadolu.

Perbincangan itu turut menyentuh situasi di Gaza, Sudan, rantau Tanduk Afrika, serta isu keselamatan air Mesir.

Dalam pertemuan berkenaan, Abdelatty menyambut baik penyertaan Mesir dalam inisiatif Presiden AS, Donald Trump yang dikenali sebagai “Board of Peace”.

Lembaga antarabangsa itu bertujuan menggalakkan kestabilan, memulihkan tadbir urus yang baik serta kedaulatan undang-undang, selain memastikan keamanan berkekalan di kawasan yang terjejas atau terancam akibat konflik, menurut piagamnya.

Abdelatty menegaskan kepentingan melaksanakan obligasi fasa kedua pelan Gaza yang dikemukakan Trump, termasuk menyokong penubuhan jawatankuasa kebangsaan bagi mentadbir Gaza dan mempercepatkan penempatan pasukan penstabilan antarabangsa untuk memantau gencatan senjata.

Beliau turut menekankan keperluan membuka semula lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir dalam kedua-dua arah, selain mencapai pengunduran tentera Israel dari Gaza bagi membolehkan usaha pemulihan awal serta pembinaan semula dilaksanakan.

Sementara itu, Radio Tentera Israel melaporkan bahawa Washington telah mencapai persefahaman dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung pembukaan semula lintasan Rafah, yang menjadi laluan penting bagi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Laman berita Israel, Walla melaporkan lintasan berkenaan dijangka dibuka semula lewat minggu ini.

Pelan gencatan senjata itu menghentikan konflik selama hampir dua tahun di Gaza, yang mengorbankan lebih 71,000 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 orang sejak Oktober 2023.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak