Warga emas maut, gagal keluar dari rumah terbakar

KOTA BHARU – Luluh hati seorang suri rumah melihat jirannya yang juga seorang warga emas meminta tolong dari dalam rumah yang sedang terbakar, namun tidak berdaya membantu disebabkan api yang marak.

Kejadian itu menyebabkan warga emas dikenali dengan penggilan Kak Zah, 70, maut.

Anis Suriati Mohamed, 45, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika dia sedang minum petang bersama keluarga di rumah, sebelum tiba-tiba terdengar dua dentuman kuat.

“Pada mulanya, saya sangka ada orang bergaduh. Namun tidak lama kemudian saya sedar bunyi itu datang dari bumbung rumah jiran yang runtuh.

“Sebaik keluar, saya ternampak Kak Zah melambai-lambai dengan penuh cemas dari tingkap.

“Dia tinggal seorang diri. Saya dapat melihat api di belakangnya,” kata Anis kepada Berita Harian.

Anis berkata, dia menghubungi pihak bomba, namun keadaan bertukar buruk dengan cepat.

“Saya dengar dia menjerit meminta tolong dari tingkap. Selepas itu, saya nampak dia terjatuh,” katanya dengan nada teresak-esak ketika menceritakan detik terbabit.

Menurut Anis, Kak Zah sukar untuk berjalan, berkemungkinan menghalangnya daripada menyelamatkan diri.

“Saya sendiri rasa tidak berdaya. Tiada apa yang mampu saya lakukan selain berdoa dan menunggu bantuan tiba.

“Saya tidak akan pernah melupakan detik itu,” katanya perlahan.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen