SMD agresif perkasa ekosistem semikonduktor Sarawak

KUCHING – SMD Semiconductor memulakan tahun 2026 dengan langkah agresif menerusi pelaksanaan pelbagai program strategik bagi memperkukuh momentum Sarawak dalam membangunkan ekosistem semikonduktor yang berdaya tahan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shariman Jamil berkata, inisiatif awal tahun ini memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pembangunan bakat, kerjasama antarabangsa dan penglibatan ekosistem selaras dengan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 serta Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Menurutnya, bagi mengiktiraf pembangunan modal insan, Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan bagi kohort pertama Program Penguasaan Reka Bentuk IC Digital SMD-CENTEXS akan diadakan pada 23 Januari ini.

“Majlis yang bakal disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn ini merupakan pencapaian penting dalam usaha melahirkan bakat semikonduktor yang bersedia untuk industri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama antarabangsa, Shariman memaklumkan pihaknya bersama delegasi dari University of Bristol, United Kingdom bakal mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 4 Februari depan.

Jelas beliau, kunjungan tersebut akan disusuli dengan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMD Semiconductor, University of Bristol dan Yayasan Sarawak bagi memformalkan kerjasama dalam penyelidikan semikonduktor kompaun.

“Satu sesi libat urus bersama institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan turut dijadualkan berlangsung pada 5 Februari bagi menyediakan platform pertukaran ilmu dan kerjasama penyelidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, SMD Semiconductor juga akan menyertai Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 27 hingga 29 Januari ini.

Shariman berkata, penglibatan tersebut mencerminkan peranan syarikat yang semakin berkembang merentasi domain semikonduktor konvensional, khususnya dalam teknologi angkasa dan bahan termaju.

Tambahnya, momentum itu akan diteruskan dengan penyertaan SMD dalam delegasi Sarawak ke Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2026 di Barcelona, Sepanyol pada Mac depan bagi mempromosikan inisiatif digital negeri di peringkat global.

“Segala perancangan awal tahun 2026 ini membuktikan fokus kami terhadap pelaksanaan strategi bagi membina keupayaan sebenar yang mampu melestarikan cita-cita semikonduktor Sarawak untuk jangka masa panjang,” katanya.

Related Posts

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang