Anwar arah laporan pelaksanaan RPN mulai Mac

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan serta institusi pendidikan berkaitan mengemukakan laporan proses pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 bermula Mac ini.

Beliau menegaskan bahawa cabaran utama bukan terletak pada merangka pelan yang kelihatan gah, sebaliknya memastikan setiap program dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat lapangan.

“Itu bukan sahaja peringatan tetapi amaran keras daripada saya kerana saya bimbang banyak pelan yang kita boleh luncurkan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sampai,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran RPN 2026–2035 di sini, hari ini.

Menurut Anwar, RPN merupakan pelan besar untuk masa depan negara serta generasi muda yang hanya akan membawa makna sekiranya pelaksanaannya dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.

“Jadi, kita berdoa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan dapat kita capai… ini pelan besar bagi negara kita… ini pelan baik atau rancangan baik untuk anak-anak kita.

“Ini memberikan satu gambaran tentang betapa seriusnya kita untuk membawa perubahan, melakukan lonjakan, transformasi dan reformasi dalam bidang pendidikan bagi memastikan dalam tempoh beberapa tahun ini, mutu pendidikan kita meningkat dan masa depan anak-anak lebih cerah berbanding sekarang,” katanya.

RPN 2026–2035 merupakan langkah reformasi pendidikan nasional bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing serta berteraskan nilai.

Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian utama, iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, serta merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Related Posts

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti