Prasekolah umur 5 tahun, Tahun Satu 6 tahun hanya untuk murid bersedia – Fadhlina

PELAKSANAAN prasekolah bagi kanak-kanak berusia 5 tahun serta kemasukan Tahun Satu pada usia 6 tahun hanya akan melibatkan ibu bapa dan murid yang benar-benar bersedia, tanpa sebarang unsur paksaan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan aspek kesediaan psikologi dan emosi kanak-kanak diberi keutamaan supaya perubahan sistem pendidikan tidak menjejaskan perkembangan awal murid.

Menurutnya, kerajaan tidak mahu pelaksanaan dasar baharu itu memberi tekanan kepada kanak-kanak yang masih belum bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal.

“Kita galakkan hanya kepada ibu bapa yang bersedia, yang paling penting anak itu sendiri mesti bersedia. Kalau anak tidak bersedia dari segi psiko emosi, kita tidak mahu ada impak kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar menjelaskan bahawa perubahan struktur kemasukan prasekolah dan Tahun Satu itu belum diwajibkan bagi memberi ruang kepada ibu bapa, sekolah serta warga pendidik membuat persediaan rapi terhadap persekitaran baharu pendidikan negara.

“Maknanya mulai tahun depan, (biarpun) kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia, (maka) kita tetapkan masih boleh masuk Tahun Satu (pada usia) 7 tahun.

“Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur 5 tahun masuk prasekolah.

“Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan (KPM) ambil alih dan selaraskan,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menegaskan KPM perlu membuat persiapan segera dari segi infrastruktur, latihan guru dan penyelarasan kurikulum bagi memastikan pelaksanaan sistem baharu itu berjalan lancar serta selari dengan matlamat Rancangan Pendidikan Negara.

Langkah itu, katanya, bertujuan memastikan setiap kanak-kanak memasuki sistem pendidikan formal dalam keadaan lebih bersedia, seimbang dari sudut akademik dan emosi, selain mengurangkan jurang kualiti pendidikan di peringkat awal.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman