KPM fokus Matriks Pembelajaran Malaysia – Fadhlina

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menegaskan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan diperkenalkan semula, sebaliknya memberi tumpuan kepada pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia sebagai mekanisme baharu untuk menilai potensi murid secara lebih holistik bagi murid Tahun Empat dan pelajar Tingkatan Tiga.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak lagi boleh menoleh ke belakang dan sebaliknya perlu memberi fokus kepada pembangunan sistem yang melihat potensi murid secara menyeluruh, sejajar dengan keperluan pendidikan semasa.

Menurut beliau, Matriks Pembelajaran Malaysia bagi murid Tahun Empat dan pelajar Tingkatan Tiga disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem pendidikan negara kerana menawarkan kaedah pengukuran pembelajaran yang lebih luas dan komprehensif.

“Sebelum pengumuman hari ini, apa yang kita pertahankan di peringkat kementerian? Kita pertahankan soal pentaksiran. Kita kata ‘we will never bring back’ UPSR PT3 kerana kita nak nak tumpu pentaksiran ini.

“Kenapa pentaksiran ini penting? Kerana dia adalah satu sistem, maknanya yang melihat kepada potensi anak-anak ini secara holistik, secara keseluruhan.

“Kita mesti (pandang) ke depan bila ke hadapan itu, soalnya bukan lagi yang tanya tadi? UPSR, PT3 bukan lagi, ia dah tak sesuai dengan zaman anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat selepas Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pengumuman Perdana Menteri berhubung Matriks Pembelajaran Malaysia sudah tentu memberi kesan besar kepada ibu bapa, guru serta seluruh komuniti pendidikan negara.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan mekanisme itu tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan kerana ia bukan sistem peperiksaan berorientasikan tekanan.

“Matriks pembelajaran ini sangat penting kerana sistem pengukurannya lebih luas. Ia bukan sistem peperiksaan yang menekan murid, sebab itu saya minta ibu bapa dan guru-guru supaya tidak panik,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan murid Tahun Empat sebagai kumpulan sasaran adalah bagi memastikan KPM mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melaksanakan intervensi dan pengukuhan pembelajaran sebelum murid melangkah ke peringkat seterusnya.

“Kita laksanakan di Tahun Empat kerana masih ada dua tahun untuk kita membuat intervensi sekiranya berlaku sebarang kelemahan.

“Ini keseluruhannya berkaitan intervensi, pengukuhan dan sokongan kepada kurikulum baharu,” katanya.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti