Kerajaan rombak usia kemasukan prasekolah, Tahun Satu mulai 2027 – Anwar

KERAJAAN bersetuju menyusun semula struktur kemasukan pendidikan awal negara dengan menetapkan prasekolah bermula pada usia 5 tahun dan kemasukan ke Tahun Satu pada usia 6 tahun mulai 2027, sebagai sebahagian penambahbaikan sistem pendidikan nasional.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan perubahan itu tidak diwajibkan serta-merta bagi memberi ruang penyesuaian kepada ibu bapa, institusi pendidikan dan warga pendidik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, di sini, hari ini.

“Kita tetapkan, (masih) boleh masuk darjah satu untuk kanak-kanak berusia 7 tahun, tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia, supaya anak-anak berusia 5 tahun dimasukkan ke prasekolah.

“Jadi, sistem prasekolah itu kita minta Kementerian Pendidikan ambil alih dan selaraskan,” katanya.

Anwar berkata, penyelarasan sistem prasekolah oleh Kementerian Pendidikan penting bagi memastikan kualiti pendidikan awal kanak-kanak lebih tersusun dan seragam di seluruh negara.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak