Ujian Darjah Empat diperkenal tahun ini bagi pantau prestasi murid – Anwar

KERAJAAN memperkenalkan ujian penilaian bagi murid Tahun Empat sekolah rendah mulai tahun ini sebagai langkah memantau dan memperbaiki prestasi akademik sebelum mereka menjejak ke peringkat menengah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penilaian itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains.

Bagi murid Tingkatan Tiga, ujian subjek Sejarah akan mula dilaksanakan pada 2027.

“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.

“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di Putrajaya, hari ini.

Anwar menekankan bahawa pelaksanaan ujian ini memberi peluang kepada murid dan guru untuk mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki lebih awal.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak