Naim seru pengundi memilih berlandaskan perpaduan

TONGOD – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar menggesa pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut supaya membuat pilihan berlandaskan semangat perpaduan, bukan berdasarkan warna atau parti semata-mata.

Beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat di DUN Kuamut bersatu di bawah satu lambang yang melambangkan perpaduan demi kepentingan bersama.

“Kita jangan lihat warna baju sama ada biru, putih, merah atau kuning. Apa yang penting ialah perpaduan rakyat di DUN Kuamut ini,” katanya ketika berucap pada ceramah di Pinagah, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, sokongan wajar diberikan kepada wakil rakyat yang mampu membawa manfaat kepada kawasan, termasuk penyandang ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah, yang disifatkan telah berusaha membawa pembangunan kepada rakyat.

Naim berkata, beliau tidak gemar menabur janji berlebihan sebaliknya komited untuk berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi bersama rakyat dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

“Saya ambil maklum isu rumah yang terbakar tetapi masih belum diganti serta masalah jambatan yang tergendala sekian lama, menyukarkan penduduk terutama dari kawasan seberang. Ini antara keutamaan yang mahu saya selesaikan dengan segera,” katanya.

Beliau turut menegaskan setiap pengundi berhak mendengar pandangan semua calon bertanding sebelum membuat keputusan.

“Hadir dan dengarlah ceramah calon lain sama ada daripada Parti Warisan atau calon Bebas. Setiap pemimpin ada matlamat masing-masing, tiada yang mahu membawa kemunduran,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya kelebihan sebagai calon daripada blok kerajaan membolehkannya bukan sahaja bersuara, malah bekerjasama dengan kepimpinan negeri bagi membawa perubahan yang diperlukan rakyat.

Dalam pada itu, Naim turut merayu sokongan golongan wanita khususnya ibu-ibu agar membantu memberi penjelasan kepada ahli keluarga, terutama pengundi muda, dalam menentukan pilihan pada hari pengundian.

“Saya mohon kepercayaan pengundi pada 24 haribulan ini. Berikan peluang kepada saya, Naim Moktar, untuk menjadi wakil rakyat yang membawa suara dan harapan anda semua,” jelasnya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global