Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

KOTA BHARU – Pihak keselamatan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi usaha memburu tiga suspek yang disyaki terbabit meletupkan bom secara serentak ke atas beberapa stesen minyak di selatan Thailand pada 11 Januari lalu.

Semua suspek itu dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Komander Tentera Wilayah ke-4 Thailand, Leftenan Jeneral Naratip Phoyanok berkata, hasil pemeriksaan DNA oleh Bahagian Forensik Wilayah Narathiwat, mengenal pasti tiga individu sebagai pelaku utama serangan ke atas sebuah stesen minyak di Kampung Dusong Nyo, Mukim Dusong Nyo, Daerah Chanae, Narathiwat.

Bercakap kepada Bernama dan media Malaysia hari ini – menerusi penterjemah tempatan – beliau berkata, suspek pertama dikenal pasti sebagai Burhanuddin Samae, 44, dari Kampung 3, Mukim Ko Po, Daerah Nong Chik, Pattani.

DNA milik Burhanuddin ditemui pada kotak litar bom, selain mempunyai dua waran tangkap termasuk kes serangan di Pattani pada 23 Julai 2019.

Naratip berkata, suspek kedua Hafiz Buesa, 28, dari Daerah Chanae, pernah dikaitkan dengan serangan ke atas anggota Pasukan Renjer Tentera Kompeni 1114 pada 27 April 2017, yang mengorbankan enam anggota.

Beliau berkata suspek ketiga Chi Masae, 44, dari Daerah Rueso, pula mempunyai lapan waran tangkap termasuk kes pengeboman dan kerosakan tiang elektrik di Pattani pada 2018 serta kes rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Sungai Golok tahun lalu.

Beliau berkata, operasi memburu suspek dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera dengan pemantauan diperketat di kawasan sempadan, selain perkongsian maklumat risikan bersama pihak berkuasa Malaysia.

Dalam kejadian 11 Januari, ‘sekumpulan suspek’ dipercayai meletupkan bom secara serentak di beberapa stesen minyak di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani, mengakibatkan empat orang cedera, termasuk sebuah stesen di Sungai Golok kira-kira tiga kilometer dari sempadan Malaysia di Rantau Panjang.

Related Posts

5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, LLM tangani ‘blind spot’ internet di lebuh raya melalui 77 menara baharu

CYBERJAYA – Sebanyak 77 menara telekomunikasi baharu akan dibina di sepanjang lebuh raya di seluruh negara bagi menambah baik liputan internet di kawasan yang dikenal pasti mengalami masalah isyarat, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan