Ruang awam Kuala Lumpur akan diperbaharui

Oleh: Raihana Ali

KUALA LUMPUR — Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merancang untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bagi merangka semula dan memperbaharui ruang awam di ibu negara, dengan penekanan terhadap infrastruktur yang menyokong kesihatan serta kesejahteraan komuniti bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kerjasama tersebut bertujuan meneroka idea baharu dalam mewujudkan ruang awam yang lebih mesra pengguna dan menyokong gaya hidup sihat penduduk Kuala Lumpur.

“Kita akan bekerjasama dengan PAM untuk meneliti bagaimana ruang awam di Kuala Lumpur boleh direka semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kuala Lumpur Architecture Festival (KLAF) 2026, hari ini.

Menurut Hannah, penyediaan infrastruktur yang sesuai adalah elemen penting dalam menggalakkan aktiviti harian yang sihat, termasuk berjalan kaki dan bersukan, khususnya dalam persekitaran bandar yang padat.

Beliau berkata usaha membentuk semula wajah Kuala Lumpur memerlukan kerjasama rapat dengan golongan profesional dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan awam semata-mata.

“Saya tidak mempunyai tempoh lima tahun, tetapi saya perlu membentuk semula Kuala Lumpur. Saya tahu ia tidak boleh dilakukan bersendirian atau hanya bersama penjawat awam, sebaliknya memerlukan kepakaran profesional seperti arkitek,” katanya.

Hannah turut menyifatkan arkitek sebagai kumpulan penting dalam membentuk semula ruang bandar dan budaya masa hadapan, sambil menegaskan transformasi bandar memerlukan masa, keberanian dan kesediaan untuk mencuba pendekatan baharu.

Kerjasama itu juga akan meneliti isu lebih luas termasuk reka bentuk perumahan awam, tandas awam serta kemudahan sokongan seperti bilik mandi awam bagi menggalakkan lebih ramai wanita menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

KLAF 2026 yang dianjurkan oleh PAM merupakan acara sepanjang tahun yang meraikan seni bina, reka bentuk dan penglibatan awam, dengan tema “Future Culture”.

Related Posts

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

KUALA LUMPUR – Tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel memuncak sehingga RM7.5 bilion pada April 2026 susulan krisis di Asia Barat berbanding RM700 juta pada Januari dan hampir RM5…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran buruh kekal stabil, pengangguran bawah 4 peratus – Akmal Nasrullah

Pasaran buruh kekal stabil, pengangguran bawah 4 peratus – Akmal Nasrullah

Kerosakan serius, Jalan Lapangan Terbang Miri perlukan peruntukan khas

Kerosakan serius, Jalan Lapangan Terbang Miri perlukan peruntukan khas

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

Polis buka siasatan kes buli Tenom, suspek bawah 12 tahun dirakam keterangan

Polis buka siasatan kes buli Tenom, suspek bawah 12 tahun dirakam keterangan

Penemuan rangka manusia, orang awam diminta tidak buat spekulasi

Penemuan rangka manusia, orang awam diminta tidak buat spekulasi

Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April