Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, PBT II Rudy Mekii berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 53 kilometer.

“Komander Operasi melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Ramli Mayakin. telah dijumpai oleh orang awam di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian berikutan laluan sempit dan jalan tidak berturap dan menamatkan misi menyelamat pukul 6.30 petang.

“Walau bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang