Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Putatan bukanlah kawasan penanaman durian, namun dengan adanya aktiviti seperti ini, Putatan telah menjadi lokasi tumpuan untuk menikmati durian secara percuma di kawasan bandar.

“Tahun ini, musim durian dijangka bermula pada bulan Oktober dan tahun depan saya sendiri akan menaja lebih banyak durian untuk program ini.

“Ini bukan sahaja tempat ahli peladang mengusahakan tanah, malah memberi peluang kepada belia mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat,” ujarnya.

Jamawi turut berkata, program Kebun Dapur yang akan dianjurkan bertujuan untuk merakyatkan sektor pertanian dan perikanan di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk terlibat sama walaupun tidak memiliki tanah sendiri.

“Program ini bukan sahaja mendekatkan rakyat dengan aktiviti pertanian, malah turut menyokong keterjaminan bekalan makanan serta meningkatkan kesihatan komuniti.

“Ia turut menawarkan pelbagai pakej termasuk anak ayam, anak itik, anak kambing, udang, ketam, serta anak ikan tilapia dan keli,” jelasnya kepada media selepas merasmikan merasmikan Hari Terbuka Peladang Putatan dan Pesta Durian Rakyat, anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan buat kali kedua di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jamawi turut menyeru Majlis Daerah Putatan untuk mengenal pasti tanah kosong atau yang tidak diusahakan untuk dimajukan bersama komuniti.

“Masyarakat akan dibimbing bercucuk tanam pada hujung minggu bersama keluarga, sekali gus menggalakkan aktiviti pertanian secara kolektif.

“Semua agensi di bawah kementerian, di peringkat negeri dan persekutuan, akan terlibat bagi memastikan penyertaan rakyat dapat dimaksimumkan.

“Pelancaran rasmi program Kebun Dapur dijadualkan pada awal Februari dan Tuaran dipilih sebagai lokasi pertama, manakala Putatan menjadi lokasi kedua berikutan sambutan hangat masyarakat setempat,” kongsinya.

Jamawi turut menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan dan Lembaga Pengarah Peladang atas komitmen berterusan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Terdahulu Jamawi mengadakan pertemuan di Wisma Pertanian dengan 23 orang belia dan beliawanis yang begiat aktif dalam bidang pertanian, ternakan, perikanan dan industri makanan yang akan terlibat sama dengan program Mentor – Mentee dalam Jelajah Kebun Dapur nanti.

Hadir sama pada majlis adalah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari; ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong dan Pengerusi Lembaga Pengarah Peladang Putatan yang juga Pengerusi Penganjur, Datuk Seri Dr Arsit Sedi.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur