Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Oleh: TENGKU MAJID

MUKAH – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bakal mengalami transformasi infrastruktur yang pesat apabila menerima peruntukan sebanyak RM94 juta bagi melaksanakan lima projek pembangunan berimpak tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, dana yang disalurkan menerusi Agensi Pembangunan Rajang Delta (RADDA) itu bertujuan memperkukuh kemudahan asas, merancakkan ekonomi setempat serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Menurutnya, antara projek strategik yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk Fasa 3 Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liuk/Kuala Balingian dengan kos RM45 juta, Pasar Berintegrasi Mukah (RM23 juta) serta pembinaan Stadium Tertutup Balingian (RM15 juta).

“Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada projek Menara Tinjau dan Pondok Rehat di Pusat Belia Millenium Mukah bernilai RM10 juta, kerja pemuliharaan tebingan sungai Kampung Suyong (RM9 juta) dan pembangunan Tanjung Pedada Eco-Park (RM15 juta).

“Projek-ni bukan sekadar pembangunan fizikal, sebaliknya menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Aspirasi Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Yakub berkata, kerajaan juga merancang pembinaan jalan dan jambatan bernilai sekitar RM60 juta bagi mewujudkan laluan strategik menghubungkan Mukah dengan kawasan rumah panjang di Balingian.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kejayaan pelaksanaan projek tahun lalu, antaranya Anjung Selera Balingian bernilai RM5 juta dan Pusat Penjaja Kuala Balingian (RM3 juta) yang kini memberi manfaat kepada peniaga kecil.

Menyentuh aspek pendidikan, beliau berharap pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian berjalan lancar, di samping kerja-kerja baik pulih di beberapa sekolah rendah termasuk SK Jebungan, SK Kenyana dan SK Badengan dapat disegerakan.

“Saya juga menyeru KMKK agar terus berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam menyampaikan dasar serta mengenal pasti potensi belia untuk dibimbing dalam bidang keusahawanan digital,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula