SPRM tahan enam pegawai ATM kes rasuah TKAT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tangkapan tersebut turut melibatkan sembilan orang awam yang dikaitkan dengan kes sama.

Menurut beliau, kesemua individu berkenaan disyaki menyalahgunakan dana TKAT untuk kepentingan peribadi serta aktiviti yang tidak berkaitan dengan fungsi dan tujuan tabung berkenaan.

“Kes ini disiasat sejak 7 Oktober 2025 dan kini berada di peringkat akhir untuk pertuduhan.

“Siasatan kini dijalankan dibawah Seksyen 16(a)(B), 409 dan 165 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di Putrjaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, seramai 35 orang saksi telah dirakam percakapan setakat ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Siasatan ada sedikit lagi yang perlu kita teruskan untuk melengkapkan siasatan sebab tu saya kata hampir selesai.

“Insya-Allah akan selesai pada minggu hadapan dan kes kertas siasatan ini dikemukakan paling lewat kepada Timbalan Pendakwa Raya ialah pada hari Jumaat pada minggu hadapan untuk dibuat keputusan oleh pihak pendakwa raya dan juga akan dikemukakan juga kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM