Puteri UMNO tidak puas hati peluang calon wanita terhad

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO tidak berpuas hati dengan mengatakan parti berterusan tidak mahu mencalonkan wakil daripada sayap itu pada siri pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang menyifatkan perkara itu sebagai diskriminasi berkata, sampai bila ketetapan itu akan terus diamalkan dalam parti berkenaan.

Menurut beliau, realiti itu juga tidak mempamerkan tekad untuk memperjuangkan 30 peratus pembabitan wanita dalam pentadbiran dan politik diperjuangkan dalam UMNO.

“Apa lagi yang kita (Puteri UMNO) tidak beri kepada parti? Bila (calon) Puteri mahu diketengahkan, perlu cukup syarat itu dan ini, tetapi kalau lelaki hendak dijadikan calon (pilihan raya), hilang deposit pun tak mengapa.

“Puteri sering didiskriminasi, setakat menahan rasa tak sudah-sudah, tetapi sampai bila. Kita tengok kembali ke belakang, UMNO pernah menjadi platform membawa pemimpin muda ke depan. Kalau dulu boleh buat, kenapa tidak sekarang.

“Ini zaman orang muda, peluang perlu sama rata, namun jika parti masih ragu-ragu untuk memberi ruang kepada calon wanita muda, maka sebenarnya kita sedang menyimpang daripada tradisi progresif UMNO sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Ketua Puteri UMNOpada Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Naib Ketua Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin.

Mengulas lanjut, Nurul Amal memaklumkan, Puteri UMNO perlu memastikan bukan hanya sebagai pelengkap struktur parti, tetapi sebagai pemimpin muda yang benar-benar membawa perubahan

“Saban tahun kita melaung tentang penglibatan 30 peratus wanita dalam pentadbiran dan politik. Tapi realitinya, perkara ini tak terjadi dalam parti kita sendiri.

“Kita tengok kembali ke belakang, UMNO pernah menjadi platform yang membawa pemimpin muda ke hadapan. Kalau dulu kita boleh buat, kenapa tidak sekarang?

“Ini zaman orang muda, peluang kenalah sama rata. Namun jika parti masih ragu-ragu untuk memberi ruang kepada calon wanita muda, maka sebenarnya kita sedang menyimpang daripada tradisi progresif UMNO sendiri,” katanya.

Related Posts

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

PILIHAN RAYA bukan sekadar pertandingan merebut kerusi, tetapi medan rakyat menilai kejujuran dan ketegasan sesebuah parti politik. Atas sebab itu, setiap parti yang bertanding wajib membawa pendirian yang jelas supaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

KLUANG – Hanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok