SPRM usul penambahbaikan tatakelola LKIM

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mencadangkan tujuh penambahbaikan tatakelola kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah berhubung isu pengurusan pendahuluan diri melibatkan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, antara syor utama ialah mewujudkan akaun bank khas atas nama jawatan ‘Pengurus Besar’ bagi penggunaan dan penerimaan wang pendahuluan diri, selain menggubal garis panduan khusus berkaitan pemberian pendahuluan diri oleh LKIM kepada Pengurus Besar PNK.

Katanya, SPRM turut mencadangkan penyediaan laporan perbelanjaan sebenar berserta bil sokongan yang perlu dikemukakan dalam tempoh tujuh hari selepas sesuatu program atau aktiviti selesai dilaksanakan, serta pelaksanaan pemantauan dan semakan terhadap penggunaan wang pendahuluan diri setiap kali program PNK dijalankan.

“Cadangan lain termasuk membuat pindaan kepada Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2017-Perkara 3.1 dengan memperincikan takrif pendahuluan diri sebagai pengeluaran wang melalui cek atas nama Pengurus Besar Persatuan Nelayan bagi perbelanjaan khusus mengurus projek kontrak yang ditawarkan oleh LKIM atau pihak lain.

“Dalam masa sama, pendahuluan diri tidak dibenarkan dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengurus besar,”ujarnya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Cadangan itu dikemukakan susulan siasatan awal SPRM Sabah selepas mendapati wujud amalan memasukkan wang pendahuluan diri bagi program atau aktiviti PNK ke dalam akaun peribadi pengurus besar, yang boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa dan penyelewengan.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik