Kabinet terima baik penjelasan isu berkaitan ATM – Fahmi

JEMAAH Menteri hari ini dimaklumkan mengenai beberapa isu yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kabinet berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan berhubung isu-isu berkenaan yang tular mutakhir ini.

“Penjelasan Menteri Pertahanan diterima baik oleh Jemaah Menteri.

“Beberapa perkara yang dimaklumkan hari ini akan disusuli dengan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa isu berkaitan ATM yang membabitkan pegawai tertingginya susulan dakwaan rasuah, termasuk berkaitan perolehan dan tender ketenteraan, yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini, seorang lagi pegawai tinggi ATM dilaporkan ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan lanjut berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan angkatan tentera.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang