Malaysia perhalusi strategi FTA hadapi ekonomi dunia

ISTANBUL – Lawatan kerja ke Turkiye adalah sebahagian daripada usaha strategik Malaysia menilai semula dan memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Ghani berkata, ia selari dengan perubahan landskap ekonomi global yang semakin cenderung kepada perlindungan pasaran domestik.

Malaysia setakat ini menandatangani 17 FTA, merangkumi sembilan perjanjian pelbagai hala dan serantau serta lapan perjanjian dua hala, termasuk dengan Turkiye.

Menurutnya, pendekatan negara-negara di seluruh dunia kini semakin bersifat ‘inward looking’ dengan dasar perlindungan menjadi kata kunci utama.

Justeru, katanya, Malaysia tidak boleh sekadar bergantung kepada perjanjian sedia ada tanpa memaksimumkan manfaatnya.

“Kita perlu melawat negara-negara yang menandatangani FTA dengan Malaysia untuk menilai apakah manfaat yang telah mereka peroleh daripada kita dan sebaliknya.

“Tujuan saya adalah memperhebat kerjasama ini kerana semua negara kini lebih mementingkan kepentingan domestik,” katanya kepada Buletin TV3 di Istanbul sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye.

Jelasnya, lawatan ke Turkiye adalah langkah awal menilai keberkesanan FTA yang dimeterai, termasuk mengenal pasti mengapa pelaburan dan perdagangan dua hala masih belum mencapai potensi sebenar.

“Kita menandatangani FTA, tetapi mengapa kita belum melihat aliran pelaburan atau perdagangan yang seimbang? Mengapa perdagangan kita lebih banyak mengalir ke mereka, tetapi tidak sebaliknya?

“Mungkin terdapat kekangan dari segi kapasiti atau keupayaan, dan di situlah terletaknya peluang,” katanya.

Johari menegaskan kepentingan berinteraksi secara langsung dengan komuniti perniagaan bagi mendengar isu sebenar dihadapi, selain membina kepercayaan antara negara rakan dagang yang memudahkan peluasan ekonomi.

Jelasnya, setiap usaha memperkukuh FTA perlu disertai dengan pembabitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), memandangkan sektor itu adalah tunjang kekuatan ekonomi negara.

“Kita memang memerlukan syarikat besar dalam industri tertentu seperti teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI), namun kekuatan sebenar kita adalah bagaimana membangunkan PKS dan membolehkan mereka menembusi pasaran negara-negara FTA,” katanya.

Related Posts

48 projek RMK12 lonjak Mukah sebagai hab ekonomi baharu Sarawak

MUKAH – Pelaksanaan 48 projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal memperkukuh momentum transformasi Mukah untuk muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang signifikan di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda