Exco diseru jalin hubungan baik dengan Persekutuan – Raja Perlis

ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu dilantik agar menjalin hubungan kerja yang baik dengan kerajaan Persekutuan demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Baginda bertitah, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi melancarkan pelaksanaan dasar serta memastikan keperluan rakyat dapat ditangani secara berkesan.

“Beta harap sebelum pilihan raya akan datang, semua Exco dan wakil rakyat dapat jalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya bagi menjaga kebajikan rakyat,” titah baginda.

Dalam titah yang sama, Raja Perlis mengingatkan setiap wakil rakyat supaya mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi atau parti, serta bersikap adil tanpa mengira latar politik.

“Semasa menjadi wakil rakyat, lupakan parti mana anda wakili, kerana anda adalah wakil rakyat untuk menjaga rakyat. Utamakan rakyat dan jadilah adil kepada rakyat,” titah baginda.

Baginda turut menyentuh kemelut pertukaran Menteri Besar yang berlaku sebelum ini dan menyifatkannya sebagai perkara yang mendukacitakan, namun semua pihak perlu menerima ketentuan tersebut dan bergerak ke hadapan.

Baginda juga mengimbau sejarah penubuhan Exco sebelum merdeka yang dipengerusikan Raja sendiri, sebelum peranan itu berubah selepas kemerdekaan apabila wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk menganggotai Exco.

Menurut Tuanku Syed Sirajuddin, meskipun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, wakil rakyat dan Menteri Besar tetap berperanan sebagai wakil kepada Raja dalam mentadbir negeri.

Titah tersebut disampaikan pada majlis pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Arau, di sini hari ini.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri