PGA Kunak, JSJ Semporna tahan lelaki dan rampas rokok lebih RM63,000

KUNAK – Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 198 karton rokok tidak bercukai bernilai RM63,460 di sebuah premis di pekan Semporna, pada Rabu.

PGA Kunak dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan itu hasil Operasi Bersepadu Inter Agensi (Op Taring ESSZONE – Op Taring Alpha 1) antara Risik Kompeni A, Pos Komtak Mabul, Batalion 22 PGA Kunak bersama JSJ IPD Semporna.

“Semasa serbuan, lelaki berkenaan gagal menunjukkan kad pengenalan diri yang sah selain membawa kepada penemuan rokok pelbagai jenama yang tidak bercukai.

“Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1952,” kata kenyataan itu, pada Khamis.

Menurut Batalion 22 PGA Kunak, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan risikan serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di kawasan tanggungjawab.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri