Khidmat guaman percuma untuk warga Miri Sabtu ini

MIRI – Penduduk Miri dipelawa untuk memanfaatkan inisiatif Perkhidmatan Nasihat Guaman Percuma yang akan diadakan di Pusat Komuniti Tanjung Miri, pada Sabtu ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri itu dijadualkan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, bertujuan membantu masyarakat memahami hak dan prosedur perundangan dengan lebih jelas.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, inisiatif tersebut merupakan komitmen pihaknya dalam memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa bebanan kos.

“Ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya kurang pendedahan mengenai hak perundangan mereka. Jadi, program ini memberi ruang untuk mereka mendapatkan panduan awal secara bersemuka dengan peguam profesional.

“Langkah ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai skop perkhidmatan, beliau menjelaskan pelbagai isu boleh dirujuk merangkumi urusan harta pusaka, wasiat, perceraian serta hak penjagaan anak.

“Selain itu, perkhidmatan ini turut melibatkan isu penyewaan, pemilikan hartanah, gangguan, fitnah, kes jenayah ringan, prosedur mahkamah serta konsultasi cukai (CP500),” tambah beliau.

Memandangkan slot yang disediakan adalah terhad, orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk membuat janji temu awal bagi melancarkan sesi perundingan.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-852 0946.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak