Belum tentu orang Melayu kembali bersama UMNO jika MN dihidupkan

LANGKAH UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan kembali menghidupkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas belum menjamin parti itu akan kembali diterima orang Melayu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, mengingatkan nasib menimpa partinya ketika bersama dalam MN, terutama selepas Pas kembali mendapat kuasa.

“Siapa tak suka penyatuan bangsa, siapa tak suka tengok orang Islam duduk bersama. Persoalannya, selama ini kita bertanding pilihan raya UMNO lawan Pas. UMNO tidak pernah lawan DAP.

“Sama juga dengan Pas, jadi kolam kita. DAP cari undi dia, kita cari undi kita. Undi kita dalam kalangan Pas. Pengundi Pas ada dalam UMNO, pengundi UMNO ada dalam Pas tapi kita letakkan kesalahan pada DAP. Bagi saya ini tidak adil,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook, pada Ahad.

Wan Mahussin berkata, jika UMNO memilih meninggalkan Kerajaan Perpaduan ketika ini, tidak mustahil Pas mengambil pendirian menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Cuba bayangkan, bila kita tarik sokongan dan bayangkan kononnya kita mahu bersama Pas dalam Muafakat Nasional, (tiba-tiba) Pas masuk Kerajaan Perpaduan.

“Benda itu sudah berlaku sebelum ini. Kita kehilangan Pahang, kehilangan Perak dan tak mustahil kita akan kehilangan banyak lagi tempat,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh
ketika Konvensyen Khas Pemuda UMNO, menolak sebarang usaha merampas kuasa dan ‘menebuk atap’ sehingga mengakibatkan Kerajaan Perpaduan yang memimpin negara ketika ini tumbang.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menggesa UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk menjadi pembangkang.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy