Pembangunan, kesihatan dan pendidikan fokus utama di Miri

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menegaskan sepanjang tahun 2025, pelbagai isu berkepentingan rakyat telah dibawa secara konsisten ke Parlimen dan pelbagai kementerian, merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang tiga tahun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Jelasnya, antara perkara utama yang diperjuangkan termasuk usaha menjadikan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib, cadangan penubuhan Majlis Pendidikan Kebangsaan bagi memperkukuh dasar pendidikan secara holistik dan isu keselamatan sekolah. Selain itu, tuntutan peluang yang lebih adil bagi pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Miri untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut diketengahkan.

“Dalam sektor kesihatan, fokus diberikan kepada penyediaan skim insurans perubatan mampu milik, kesinambungan bekalan cecair dialisis bagi pesakit buah pinggang, serta penambahbaikan fasiliti hospital dan klinik di Miri,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu ekonomi seperti keperluan meningkatkan ambang e-invois, memajukan industri pelancongan serta memanfaatkan kedudukan strategik Miri di sempadan dengan Brunei bagi merancakkan ekonomi tempatan.

“Di peringkat akar umbi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan dan pembangunan modal insan.

“Antaranya Karnival TVET dan Pameran Pendidikan, Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen B2, sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), ceramah kesedaran anti-penipuan, taklimat e-invois, Program Rumah Mesra Rakyat, bengkel intensif SPM, kursus kemahiran jangka pendek, lawatan Parlimen untuk pelajar STPM serta program motivasi pelajar,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi tumpuan kepada lapan projek Persekutuan utama yang dianggap kritikal kepada masa depan Miri, termasuk Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Miri, Projek Naik Taraf Kompleks ICQS Sungai Tujuh, pembinaan SMK Tudan dan SK Syed Othman, Projek Tebatan Banjir Miri, Projek Naik Taraf Bulatan Pujut 3 (Bulatan GK), pembangunan Makmal Kardiologi Invasif Hospital Miri, Projek Mitigasi Hakisan Pantai Lutong serta pembinaan Jalan Kuala Baram Bypass.

Beliau menjelaskan projek-projek berkenaan kini berada pada pelbagai peringkat dan akan terus dipantau secara rapi bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan demi manfaat rakyat.

Mengakui cabaran dari segi prosedur, perolehan dan pelaksanaan masih wujud, beliau menegaskan komitmen untuk memastikan setiap kementerian dan agensi terlibat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Sementara itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Miri tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang atas kerjasama serta sokongan yang diberikan, sambil menyeru semua pihak melangkah ke tahun baharu dengan tekad untuk menjadikan Miri sebuah bandar yang lebih makmur, ceria dan inklusif.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas