Tahun 2026 lembaran baharu, Sabah sedia laksana SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Tahun 2026 disifatkan sebagai lembaran baharu buat Sabah untuk melangkah ke hadapan dengan keazaman dan semangat kebersamaan rakyat, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik dan inklusif bagi memastikan kemakmuran berterusan serta masa depan Sabah yang lebih cerah dan berdaya saing.

“Pencapaian sepanjang 2025 membuktikan pelaksanaan Hala Tuju SMJ 1.0 berada di landasan tepat dengan asas pembangunan yang kukuh dan kemajuan yang konsisten.

“Kerajaan negeri akan meneruskan momentum ini menerusi SMJ 2.0 dengan memperkukuh komitmen terhadap perpaduan, kemakmuran dan pembangunan inklusif agar manfaat kemajuan dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Sabah,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026, pada Rabu.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Sabah atas mandat baharu yang diberikan untuk terus memimpin negeri ini.

“Kerajaan Negeri kekal komited memperkukuh tadbir urus, memastikan kestabilan politik yang berterusan serta memacu pembangunan komprehensif demi kesejahteraan rakyat.

“Sepanjang lima tahun, usaha berterusan untuk mewujudkan kestabilan dan persekitaran kondusif membuahkan hasil yang ketara dan memberi manfaat kepada negeri,” ujarnya.

Hajiji turut mendoakan agar seluruh rakyat Sabah dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan, selain mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2026 kepada semua bagi pihak kerajaan negeri.

“Bersama-sama rakan jemaah menteri Kabinet negeri, saya dengan penuh keikhlasan mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua,” katanya.

Related Posts

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

SIBU – Pelajar di kawasan luar bandar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar memaksimumkan peluang pendidikan tinggi yang semakin berkembang di Sarawak tanpa menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans