SPRM rampas, pulih RM8.4 billion hasil rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan memulihkan hasil rasuah lebih RM8.4 bilion menerusi pelbagai tindakan penguatkuasaan sejak awal tahun ini sehingga 30 November lalu.

SPRM berkata daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi membabitkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Menurutnya, manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009 selain aset bernilai RM36.14 juta turut dibekukan mengikut AMLATFPUAA 2001.

“Pada masa sama, SPRM juga melucuthakkan aset berjumlah RM7.49 juta melalui pelbagai peruntukan undang-undang, termasuk Akta SPRM 2009 dan Kanun Tatacara Jenayah.

“Bagi tindakan kompaun pula, SPRM berjaya mengutip RM49.58 juta, manakala kaedah lain pemulihan aset menyumbang nilai besar iaitu RM1.49 bilion,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, SPRM memaklumkan, dari segi operasi, sebanyak 6,114 maklumat berkaitan rasuah diterima sepanjang tempoh sama.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 966 kertas siasatan dibuka selain 1,128 tangkapan dilakukan seterusnya membawa kepada 445 pertuduhan dan 189 sabitan di mahkamah.

“Berdasarkan analisa tangkapan menunjukkan sektor swasta mencatat jumlah tertinggi dengan 504 individu, diikuti penjawat awam (423 orang), orang awam (163), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seramai 34 orang dan empat ahli politik.

“Mengikut jantina, lelaki mendominasi tangkapan dengan 904 orang, berbanding 224 wanita,” katanya.

SPRM berkata, kesemua nilai rampasan dan sitaan itu membabitkan siasatan dijalankan termasuk kes rasuah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Operasi lain iaitu Op Rentas, Op Tiger, Op Metal, Op Grip, Op Kembali, Op Sky dan Op Sohor

“Prestasi ini mencerminkan pendekatan tegas SPRM bukan sahaja dalam aspek tangkapan dan pendakwaan, malah menumpukan pemulihan aset sebagai strategi utama memerangi rasuah dan jenayah kewangan,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar