Sikap pemimpin parti gabungan Kerajaan Perpaduan isu adendum mengecewakan

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang kecewa dengan sikap segelintir pemimpin parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, dalam isu berkaitan Titah Adendum.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, tindakan sedemikian tidak membantu dalam meredakan keresahan ahli UMNO dengan keputusan mahkamah itu.

“Kita tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tapi kita kecewa dan marah dengan sikap seorang dua pemimpin DAP yang seolah-olah meraikan keputusan berkenaan.

“Prinsip kedaulatan undang-undang adalah perkara yang sentiasa Pemuda UMNO Pahang junjung tinggi, itu tidak boleh dipersoalkan.

“Namun, apabila ada pemimpin DAP secara terbuka memuat naik kenyataan berunsur sindiran dan memperlekeh susulan keputusan tersebut, ia amat tidak boleh diterima,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan itu bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik, malah gagal menghormati semangat dan disiplin Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Lipis, Hafizul Rahman Muhamad mengingatkan bahawa DAP dan UMNO berada dalam satu kerajaan yang sama ketika ini.

Justeru, sebarang kenyataan bersifat menghina, menyindir secara terbuka atau meraikan isu sensitif melibatkan pimpinan parti rakan adalah tidak wajar, tidak bertanggungjawab dan mencabar keharmonian kerajaan.

“Ingin kami tegaskan bahawa UMNO bukan rakan kosmetik, bukan parti tempelan dan UMNO bukan untuk dipijak dan diperkecilkan sesuka hati oleh mana-mana ahli Parlimen DAP yang mabuk kuasa.

“Menghormati keputusan mahkamah tidak memberi lesen untuk memperlekeh atau mempermainkan isu perundangan negara.

“Perbezaan pandangan politik tidak menghalalkan sikap angkuh dan tidak beradab, apatah lagi dalam kalangan rakan kerajaan yang memikul tanggungjawab bersama kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau juga memaklumkan, UMNO adalah parti tunjang dengan akar umbi, sejarah perjuangan dan mandat rakyat yang besar dalam memastikan kestabilan serta kelangsungan Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan tidak dibina atas sindiran, tidak dipertahankan dengan penghinaan, dan tidak akan dihormati rakyat jika ada pihak yang memilih keangkuhan berbanding adab.

“Hormati rakan kerajaan atau bersedialah menerima reaksi akar umbi,” katanya.

Related Posts

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

UMNO berisiko kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya pihak lawan berjaya memenangi persaingan persepsi bagi meragut kewibawaan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Felo Majlis Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital