Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Saratok terus catat kejayaan, antara institusi pendidikan terbaik Malaysia

KUCHING – Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Saratok terus mencatat kecemerlangannya tersendiri khususnya di peringkat kebangsaan apabila dinobatkan sebagai Penerima Anugerah NYALA PREMIER oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 12 November 2025 di Putrajaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap tadbir urus cemerlang serta pencapaian akademik membanggakan institusi berkenaan, sekaligus membuktikan Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) kini berdiri sebaris dengan institusi pendidikan terbaik di Malaysia.

“Sebagai wakil rakyat kawasan Saratok, saya ingin menzahirkan rasa bangga yang mendalam atas kejayaan yang diraih. Saya yakin KTES begitu berperanan penting dalam melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi selaras dengan aspirasi Sarawak Maju 2030,” katanya ketika berucap merasmiman Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Saratok (MAKTES) di IPG Batu Lintang, di sini, pada Isnin.

Jelasnya, pencapaian akademik pelajar turut menunjukkan peningkatan ketara apabila keputusan STPM 2024 menyaksikan KTES menduduki tempat ke-14 daripada 79 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh Sarawak dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.99.

“Lebih membanggakan, kadar kemasukan pelajar ke universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda meningkat daripada 63.91 peratus kepada 80.65 peratus bagi STPM 2024.

Bagi Peperiksaan Semester 2 STPM 2025 pula, kolej mencatatkan GPS 2.40, meningkat berbanding 2.14 pada tahun sebelumnya, manakala Purata Band MUET Sesi 2 Tahun 2025 turut meningkat kepada 3.42, menunjukkan peningkatan 0.13 mata,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau, peningkatan prestasi ini adalah hasil perancangan strategik yang mantap serta komitmen luar biasa barisan guru dan pentadbir kolej, serta disokong pelaksanaan pelbagai inisiatif proaktif termasuk Program Booster Kecemerlangan, Kelas Sentuhan dan Program Perkampungan Ilmu Semester 2.

“Keputusan akademik bukan hanya ditentukan di bilik darjah, sebaliknya hasil kerjasama menyeluruh antara pihak kolej, pelajar dan keluarga di rumah. Sokongan berterusan ibu bapa amat penting dalam memastikan anak-anak kekal fokus, sihat, dan bersedia sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para pelajar agar tidak mengejar kecemerlangan akademik semata-mata, malah perlu bijak membentuk sahsiah dan adab yang tinggi, selaras dengan pepatah ilmu tanpa adab ibarat perahu tanpa kemudi.

Selain itu, dalam perkembangan sama, Pengetua KTES, Omar Sharif Buseri berkata, pihak kolej telah meletakkan sasaran peratus kemasukan murid ke Universiti awam dan swasta di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah 100% bagi STPM 2025.

“Bagi STPM 2024, peratusan kemasukan murid ke universiti awam atau swasta adalah 80.65% bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, untuk STPM 2025, kita meletakkan azam dan hasrat agar kesemua pelajar mampu ke menara gading,” ujar beliau.

Untuk rekod, seramai 164 pelajar Kohort 10 telah diraikan hari ini dan akan menamatkan pengajian serta bakal menduduki peperiksaan akhir bermula 20 Januari 2026.

Pelbagai anugerah telah diumumkan pada MAKTES ini termasuklah Anugerah Guru Cemerlang STPM 2024, Anugerah Khas Usaha Gigih Kokurikulum, Anugerah Khas Pelajar Terbaik Kokurikulum, Anugerah Bintang Akademik, Anugerah 5 Pelajar Terbaik Keseluruhan, Anugerah Khas Pengetua dan Anugerah Khas YB Mohamad Duri untuk STPM 2024.

Danish Akhtar Mohamad Musa telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengetua selepas menunjukkan pencapaian memberasangkan iaitu berjaya merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Matapelajaran Ekonomi dan Bahasa Melayu, Anugerah Bintang Akademik Semester 1 dan 2, Anugerah Terbaik Keseluruhan Tingkatan 6, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, dan Amalan Terbaik SSDM berjumlah 248.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan