Program berkhatan beramai-ramai seluruh Sarawak 2025 catat sejarah, sasar Malaysia Book of Records

LIMBANG – Program Sarawak Annual Mass Circumcision 2025 yang berlangsung di Hospital Limbang hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila dilaksanakan secara serentak di seluruh Sarawak dan dijangka bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program berkhatan beramai-ramai itu melibatkan seramai 1,440 peserta di seluruh negeri hasil kerjasama 22 hospital di Sarawak.

Menurut beliau, bagi Zon Utara Sarawak, Hospital Limbang dan Hospital Lawas telah dipilih sebagai penganjur utama bagi menjayakan program tersebut.

“Pada peringkat awal, program ini dirancang untuk menggabungkan Limbang dan Lawas dalam satu lokasi. Namun, mengambil kira kekangan masyarakat setempat serta faktor jarak yang jauh, ia terpaksa dilaksanakan secara berasingan demi keselesaan peserta dan ibu bapa,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Hospital Limbang, hari ini.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, seramai 93 peserta menyertai program yang dianjurkan di Hospital Limbang dengan penglibatan doktor serta kakitangan perubatan yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan berkhatan.

“Penglibatan tenaga pakar amat penting bagi memastikan kelancaran program serta mengurangkan keraguan dan kebimbangan dalam kalangan peserta,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa program seumpama ini dirancang untuk dilaksanakan secara tahunan sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan masyarakat.

“Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Hospital Limbang kerana terpilih melaksanakan program ini.

“Usaha sebegini merupakan satu inisiatif murni dalam memastikan kebersihan dan keselamatan diri sentiasa terpelihara,” katanya.

Menurut beliau, bagi umat Islam, amalan berkhatan merupakan satu tuntutan sunnah, manakala dari sudut sains dan perubatan, ia terbukti memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan.

“Peserta tidak perlu berasa takut kerana teknologi perubatan masa kini mampu meminimumkan rasa sakit.

“Saya juga menyeru ibu bapa tanpa mengira agama agar lebih peka terhadap penjagaan kesihatan anak-anak, termasuk mempertimbangkan amalan berkhatan,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Hasbi menyatakan rasa syukur atas perubahan ketara yang dapat dilihat di Hospital Limbang dari segi kemudahan, kepakaran serta teknologi perubatan.

“Sebagai pemimpin di Limbang, saya akan terus memperjuangkan pembangunan Hospital Limbang agar terus maju dari semasa ke semasa.

Hospital ini amat dekat di hati saya dan masyarakat Limbang kerana ia menjadi barisan hadapan dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat,” katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni tersebut, Datuk Hasbi turut menyumbangkan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan penganjuran program berkenaan.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman