Naim Moktar hargai kepercayaan, diumum calon BN PRK Kinabatangan

KINABATANGAN – Anak Allahyarham Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan menzahirkan penghargaan kepada BN, khususnya Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan memberi mandat dan amanah kepadanya mewakili parti itu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, 24 Januari hadapan.

Naim yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan dalam catatan Facebooknya berkata, pencalonan itu bukan sekadar mandat parti, sebaliknya satu tanggungjawab besar untuk memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat di Kinabatangan.

Naim turut meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan detik bersejarah itu yang tidak dapat disaksikan arwah bapanya.

“Alangkah sempurnanya jika ‘moment’ ini disaksikan oleh bapa saya. Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

“Takziah dan tahniah ini akan saya pikul bersama dan akan diperjuangkan dengan sepenuh jiwa, kudrat serta keikhlasan,” katanya.

Related Posts

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu institusi strategik yang mengurus kepentingan rakyat seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan sepenuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang disifatkan sebagai antara reformasi penting dalam mengembalikan kebebasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim