Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan polis

KABONG – Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah menerusi satu Op Tapis Ibu Pejabat Polis (IPD) Saratok, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pasukan Task Force Khas IPD Saratok telah melakukan operasi pada 18 Disember lalu di Kabong dan telah menahan suspek berusia 32 tahun itu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan Balai Polis Kabong, sepasukan pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah.

“Pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu paket lutsinar dipercayai dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 0.33 gram dalam beg silang milik suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, ketika tangkapan, suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

SIK – Keadaan air Tasik Gubir di Empangan Muda, di sini yang surut susulan cuaca panas dan musim kemarau menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu apabila hasil tangkapan ikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM