Landskap komunikasi berubah, kerajaan berdepan cabaran era pascanormal

KERAJAAN berdepan cabaran semakin kompleks dalam usaha menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat susulan perubahan landskap komunikasi dalam era pascanormal, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, dunia komunikasi hari ini tidak lagi beroperasi dalam keadaan normal seperti sebelum ini, sebaliknya berada dalam fasa baharu yang menyaksikan perkara yang dahulunya dianggap tidak normal kini melalui proses normalisasi, sekali gus menuntut pendekatan komunikasi yang lebih strategik dan berkesan.

“Perdana Menteri sering menegaskan bahawa negara kini berada dalam era pasca normal. Dalam situasi ini, cabaran komunikasi bukan sahaja melibatkan politik, tetapi mencerminkan realiti baharu dunia komunikasi yang penuh ketidaktentuan dan ketidakpastian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam podcast Minda Tok Abah yang disiarkan pada Jumaat.

Menurut Ismail, liberalisasi maklumat dan pengaruh media sosial menjadi antara faktor utama yang mengubah ekosistem komunikasi awam.

Katanya, jika sebelum ini isu utama berkisar kepada ‘misinformation’ atau salah faham, kini kerajaan berhadapan cabaran lebih besar iaitu ‘disinformation’, di mana maklumat sengaja dimanipulasi sehingga mengelirukan masyarakat.

“Dalam konteks hari ini, yang dibicarakan bukan lagi isu semata-mata, tetapi sentimen dan emosi rakyat. Pemahaman terhadap sentimen ini penting bagi membolehkan naratif yang sesuai dibentuk untuk menjawab kebimbangan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kegagalan mengurus sentimen secara berkesan boleh menyebabkan kerajaan dilihat bersifat defensif, iaitu sekadar memberi reaksi, sedangkan pendekatan sedemikian tidak lagi berkesan dalam komunikasi strategik kerajaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan komunikasi konvensional seperti siaran berita dan program penerangan secara tradisional semakin kurang relevan, memandangkan masyarakat kini memperoleh maklumat secara langsung melalui peranti mudah alih dan pelbagai platform media sosial.

Ujarnya, kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi etnik, agama dan latar sosiobudaya menuntut pendekatan komunikasi yang lebih inklusif, berfakta dan berpaksikan kefahaman mendalam terhadap realiti semasa rakyat.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman