Sambutan Krismas Sabah 2025 bukti komitmen kerajaan pelihara perpaduan, keharmonian

KOTA KINABALU – Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 antara bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kebersamaan rakyat Sabah yang hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sambutan itu melambangkan keterbukaan semangat inklusif dan penyertaan semua lapisan masyarakat yang juga selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah Maju Jaya yang menekankan pembangunan seimbang kesejahteraan sosial, perpaduan rakyat dan kelestarian alam.

“Harapan kita sebagai kerajaan adalah terus memastikan perpaduan kekal utuh untuk membawa lebih banyak pembangunan dan dalam masa yang sama memastikan harapan rakyat agar kebajikan serta kesejahteraan mereka terus terjaga serta dapat dilaksanakan.

“Di Sabah, kita diberkati dengan rakyat daripada pelbagai etnik, bahasa dan kepercayaan agama yang hidup bersama-sama sekali gus melambangkan perpaduan kolektif menekankan keharmonian kaum, perpaduan dan toleransi kaum,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada perasmian penutupan Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini, pada Jumaat.

Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus mengukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum demi menjayakan visi dan misi pembangunan yang telah dirangka kerajaan negeri.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Sabah akan terus memastikan semua budaya dan perayaan kaum serta agama dihormati selari dengan semangat keharmonian dan kepelbagaian di Sabah termasuk memberikan peruntukan bagi meraikan kepelbagaian tersebut.

Selain aspek perpaduan, katanya, Kerajaan Negeri juga sedang dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ekonomi rakyat, di samping memberi tumpuan kepada pendidikan dan modal insan sebagai antara agenda utama.

“Dengan Pilihan Raya Negeri yang baharu berlalu dan kerajaan telah diberikan mandat sekali lagi, maka kita akan terus melangkah ke hadapan untuk memastikan agenda sedia ada dan yang telah dirancang akan diteruskan dan dilaksanakan,” tambahnya.

Related Posts

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

SANDAKAN – Penduduk Kampung (Kg) Gayan Sibugal dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan anasir luar yang cuba mempolitikkan isu perobohan rumah di kawasan berkenaan. Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai (Sg) Manila,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik