ART jadi tulang belakang mobiliti bandar Kuching – Abang Johari

KUCHING – Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bakal menjadi tulang belakang mobiliti bandar Kuching apabila berfungsi sebagai hab pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan strategik di bandar raya ini.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, stesen utama ART dirancang berkonsepkan hab sentral seumpama KL Sentral, yang akan menghubungkan laluan ke kawasan Market Street, Padang Merdeka, Carpenter Street, Padungan serta Petra Jaya.

“Stesen sentral ini amat strategik kerana ia akan menjadi titik pertemuan utama semua laluan ART, sekali gus membolehkan orang ramai bergerak ke pelbagai destinasi di Kuching tanpa perlu bergantung kepada kenderaan persendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan dan sesi taklimat ke Tapak ART Hikmah Exchange Hub (Padang Pasir) pada Jumaat.

Abang Johari berkata, pelaksanaan ART bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam, malah mengubah corak pergerakan rakyat bandar ke arah penggunaan pengangkutan awam yang lebih tersusun dan lestari.

Menurutnya, melalui sistem tersebut, pengguna boleh meninggalkan kenderaan persendirian dan menggunakan ART untuk bergerak ke kawasan komersial, pejabat kerajaan serta lokasi tumpuan awam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

“Apabila sistem ini beroperasi sepenuhnya, orang ramai tidak lagi perlu membawa kereta ke pusat bandar. Mereka boleh menggunakan ART untuk bergerak dan hanya mengambil kenderaan apabila perlu,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan sistem ART merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang kerajaan negeri bagi membentuk bandar Kuching yang lebih teratur, mesra rakyat dan efisien dari segi mobiliti.

Tambahnya, kerajaan negeri melalui Sarawak Metro bersama agensi berkaitan akan terus memastikan perancangan dan pelaksanaan projek ART berjalan mengikut jadual serta memberi manfaat langsung kepada penduduk bandar dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya