Rakyat Malaysia paling optimis ekonomi, hala tuju negara – IPSOS

KEYAKINAN rakyat Malaysia terhadap hala tuju negara terus meningkat pada 2025, mencerminkan sentimen positif yang semakin kukuh terhadap prestasi ekonomi dan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.

Kajian Pemantauan Kos Sara Hidup oleh IPSOS Malaysia mendapati tujuh daripada 10 rakyat Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul, meningkat daripada 66 peratus pada tahun sebelumnya.

Statistik itu meletakkan Malaysia sebagai negara paling optimis dari segi ekonomi di Asia Tenggara.

“Peningkatan keyakinan itu didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, pengukuhan ringgit berbanding mata wang utama, serta pelaksanaan dasar ekonomi baharu yang memberi kesan positif kepada rakyat.

“Pada masa sama, kebimbangan terhadap rasuah, kemiskinan dan pengangguran turut menunjukkan penurunan, menandakan tahap kepercayaan awam yang lebih tinggi terhadap kestabilan sosial dan ekonomi negara,” menurut IPSOS menerusi kenyataan pada Khamis.

Tahap optimisme itu turut diterjemahkan kepada prospek perbelanjaan isi rumah yang lebih memberangsangkan, melebihi purata global, disokong bantuan bersasar kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah, BUDI MADANI RON95 dan penyesuaian tarif elektrik.

Selari dengan perkembangan tersebut, rakyat Malaysia menjangkakan peningkatan taraf hidup pada tahun 2026, disokong pertumbuhan ekonomi, inflasi yang kekal rendah serta penekanan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) terhadap pendapatan, perlindungan sosial dan pengurusan kos sara hidup.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos