Marhamah tekad guna pengalaman dalam NGO untuk martabatkan wanita Islam

PENGALAMAN dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan digunakan untuk memperkasakan institusi agama serta memartabatkan wanita Islam di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata, beliau akan memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu memperkukuhkan dasar selain melaksanakan agenda hal ehwal agama yang lebih dekat dengan rakyat.

“Fokus saya lebih kepada merakyatkan agama itu sendiri. Maksudnya, tidak mahu rakyat atau masyarakat merasakan agama itu sebagai sesuatu yang terlalu menghukum.

“Saya mahu mereka merasakan agama itu perlu sebati dalam kehidupan, termasuk dalam hal-hal berkaitan ujian dan emosi,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini, lapor Bernama.

Marhamah turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai timbalan menteri yang menjaga kepentingan agama Islam.

Beliau juga memberi jaminan akan melaksanakan amanah tersebut sebaik mungkin serta mengharapkan sokongan semua pihak dalam usaha membangunkan institusi agama Islam di negara ini.

“Saya harap diberi peluang dan ruang agar saya boleh memberikan komitmen sepenuhnya, menggunakan kapasiti yang ada untuk berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, seramai tujuh menteri termasuk dua lantikan baharu serta lapan timbalan menteri lantikan baharu, termasuk Marhamah, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan membuat penyesuaian.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan