60 PPS diaktifkan seluruh negara akibat banjir

PUTRAJAYA – Seramai 4,799 mangsa membabitkan 1,523 keluarga berlindung di 60 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri di seluruh negara, setakat jam 5 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat, angka itu membabitkan 1,478 lelaki, diikuti 1,550 wanita; kanak-kanak (1,596); bayi (175); warga emas (410) dan orang kurang upaya (142).

PPS paling banyak beroperasi direkodkan di Pahang, membabitkan 50 fasiliti di lima daerah, diikut empat PPS dibuka di satu daerah di Terengganu, lapor Berita Harian.

Johor dan Sarawak masing-masing mengaktifkan dua PPS, manakala satu pusat lagi masih dibuka dekat Selangor serta Kelantan.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula merekodkan paras air di 14 stesen dekat Pahang, Perak, Sarawak dan Terengganu berada pada tahap bahaya.

Ia membabitkan stesen Empangan Chereh, Sungai Belat, Sungai Kenau, Sungai Soi, Sungai Lepar dan Sungai Kuantan di Kuantan, diikuti di Sungai Mentiga, Pekan serta Kampung Sungai Puteri, Rompin, Pahang.

Selain itu, stesen Long Teru dan Marudi, Miri dekat Sarawak; Sungai Kemaman, Sungai Kemaman (F2), Sungai Dungun dan Sungai Tebak, Terengganu serta Sungai Slim, Muallim di Perak.

Portal sama turut merekodkan aras air di 14 stesen dekat Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Pahang berada pada tahap amaran.

Ini membabitkan stesen Sungai Gemas, Negeri Sembilan; Sungai Lenik, Sungai Muar dan Sungai Segamat, Johor; Sungai Kelantan dan Sungai Sokor, Kelantan serta Kampung Entingan, Sarawak.

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM