Sumbangan CSR bantu golongan kurang mampu di Batu Danau

LIMBANG – Penyerahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada komuniti setempat di Batu Danau dilihat membantu meringankan beban golongan memerlukan menjelang sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Ngumbang berkata, inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan sektor swasta terhadap kebajikan masyarakat setempat selain mengeratkan hubungan antara pihak korporat dengan komuniti.

Menurut beliau, pelaksanaan program CSR secara berterusan setiap tahun membuktikan komitmen syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat serta memperkukuh kerjasama harmoni antara komuniti pelbagai kaum di kawasan Batu Danau dan daerah Limbang.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pihak Lee Ling Timber Sdn. Bhd. atas sumbangan yang disalurkan sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu.

“Inisiatif seperti ini amat bermakna dalam menyantuni masyarakat menjelang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2026 yang berlangsung di Dewan Bunga Raya Limbang pada Khamis.

Tambah beliau, kerjasama strategik antara sektor swasta dengan kepemimpinan tempatan penting bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan seimbang selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak.

Menurutnya, sumbangan yang disalurkan bukan sahaja berbentuk bantuan material, malah membawa mesej kebersamaan, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menghadirkan kegembiraan kepada mereka dalam menyambut Hari Natal dan Tahun Baharu 2026,” katanya.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada penerima terpilih daripada kalangan komuniti setempat termasuk golongan kurang berkemampuan, sebagai usaha meringankan beban mereka menjelang musim perayaan.

Related Posts

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

BAGAN DATUK – Industri kelapa terus memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi daerah Bagan Datuk apabila menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan pengeluaran tanaman negeri Perak. Perkara itu diketengahkan sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja