Rombakan Kabinet cerminan kesediaan Kerajaan MADANI hadapi realiti global

PUTRAJAYA – Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai langkah strategik yang mencerminkan kesediaan kerajaan dalak menyesuaikan struktur kepimpinan dengan tuntutan persekitaran global yang semakin kompleks.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, rombakan tersebut wajar dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan bukan sekadar perubahan kosmetik.

Menurut beliau, perubahan itu perlu difahami sebagai pengakuan bahawa cabaran semasa, seperti pemulihan ekonomi pasca krisis global, ketegangan geopolitik atau persaingan pengaruh kuasa besar menuntut tahap keberkesanan dan koordinasi dasar yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

“Rombakan itu berpotensi memperkukuh sinergi antara kementerian yang sebelum ini sering beroperasi secara terasing. Secara kritis, kelemahan penyelarasan antara dasar luar, ekonomi, keselamatan dan sosial boleh melemahkan keupayaan Malaysia untuk bertindak secara konsisten di peringkat antarabangsa.

“Justeru, pelantikan baharu ini seharusnya dimanfaatkan untuk membina budaya kerja lebih kolektif, di mana perbezaan latar belakang politik dan profesional tidak menjadi penghalang kepada pembentukan pendirian nasional yang jelas dan bersatu dalam isu strategik,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berpendapat, kemasukan kepimpinan baharu membuka ruang kepada pendekatan diplomasi yang lebih progresif dan adaptif namun perlu diseimbangkan dengan kesinambungan dasar agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakan antarabangsa.

Katanya, selain Malaysia perlu mengekalkan konsistensi komitmen terhadap ASEAN, multilateralisme dan prinsip berkecuali, negara juga memerlukan inovasi dalam diplomasi ekonomi, keselamatan maritim serta kerjasama serantau.

“Keseimbangan antara pembaharuan dan kesinambungan ini akan menentukan tahap kredibiliti Malaysia di peringkat global. Rombakan Kabinet ini juga membawa mesej penting tentang kestabilan institusi negara. Namun dari sudut kritis, kestabilan tersebut perlu diterjemahkan kepada keberkesanan dasar yang boleh dinilai secara jelas.

“Komuniti antarabangsa tidak hanya menilai perubahan individu, tetapi keberhasilan dasar dilaksanakan, sama ada dalam menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rundingan serantau atau menyumbang secara konstruktif kepada penyelesaian isu global. Justeru, rombakan ini perlu disusuli dengan sasaran dasar jelas serta mekanisme akauntabiliti kukuh,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin memaklumkan, rombakan Kabinet boleh dianggap sebagai langkah pembaharuan yang positif dan perlu namun, keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana ia benar-benar memperkukuh kerjasama pasukan, melahirkan idea segar tetapi realistik, serta meningkatkan keupayaan Malaysia untuk bertindak secara strategik di peringkat antarabangsa.

“Jika dimanfaatkan dengan baik, rombakan ini bukan sahaja berupaya memperbaiki tadbir urus dalaman, malah mampu mengukuhkan peranan Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang pragmatik, berprinsip dan dihormati dalam landskap hubungan antarabangsa yang semakin mencabar,” katanya.

Terdahulu, rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan menyaksikan 28 menteri dan timbalan menteri yang merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu.

Perdana Menteri berkata, beliau perlu membuat sedikit penyesuaian susulan beberapa kekosongan dalam Kabinet dan sekali gus memberi tumpuan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak